Skip to content

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) TERIMA MANFAAT AGIHAN FIDYAH MAIS

PETALING JAYA, 12 November 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Persatuan Membantu OKU Malaysia (PMOKUM) telah melaksanakan Program Agihan Fidyah MAIS melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.
.
Seramai 60 orang dalam kalangan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) telah menerima sumbangan kotak makanan asas.
.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YIDE dalam menyalurkan agihan fidyah MAIS dan sumbangan masyarakat kepada golongan yang memerlukan. Melalui pendekatan menyeluruh serta kerjasama pelbagai pihak, YIDE terus giat memperkasa jaringan kebajikan di seluruh negeri Selangor.
.
YIDE turut mengajak orang ramai agar terus membudayakan amalan infaq, sedekah dan zakat. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi kesan besar kepada mereka yang memerlukan, terutamanya dalam situasi bencana dan kesusahan yang tidak diduga.