Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE YAYASAN HASANAH

ARA DAMANSARA, 12 November – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Hasanah.
.
Delegasi YIDE telah disambut oleh YBrs. Puan Sharifah Syed Agil, Pengarah Kanan/Ketua Pegawai Kewangan, Yayasan Hasanah dan tim pengurusan.
.
Pertemuan ini bertujuan menghubung titik sinergi antara kedua-dua pihak dalam menyantuni golongan sasar YIDE khususnya di Negeri Selangor.
.
Melalui sinergi ini, YIDE dan Yayasan Hasanah berhasrat untuk memantapkan kefungsian dan memperluas impak kebajikan demi kesejahteraan masyarakat dan keseimbangan ummah khususnya di negeri Selangor.