Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, telah mengadakan kunjungan hormat ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor pada 5 November 2025.
.
Delegasi YIDE telah disambut mesra oleh Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor dan tim pengurusan.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak dalam menyantuni mangsa-mangsa musibah di Negeri Selangor.
.
Antara fokus utama perbincangan termasuk cadangan usahasama gerak kerja bantuan bencana serta latihan bersekutu kepada koordinator-koordinator YIDE bagi meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan dalam menyantuni mangsa-mangsa yang menghadapi musibah.
.
Melalui sinergi ini, YIDE dan APM Selangor berhasrat untuk memantapkan kefungsian dan memperluas impak kebajikan demi kesejahteraan masyarakat dan keseimbangan ummah khususnya di negeri Selangor.
