Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (AGENSI MAIS) PERKUKUHKAN KOMPETENSI JURUAUDIT DALAMAN (KUALITI) MELALUI KURSUS AUDIT DALAMAN BERSAMA PAISLEY CONSULTING SDN. BHD. (PCSB)

Shah Alam, 30 Oktober 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman (Kualiti) melibatkan semua kakitangan, Ibu Pejabat YIDE dan Ketua Jururawat di enam (6) Pusat Dialisis MAIS (PDM) dengan kerjasama Paisley Consulting Sdn. Bhd. (PCSB).
.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan kompetensi dan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan audit dalaman yang berkesan, sejajar dengan usaha YIDE ke arah akreditasi pensijilan MS ISO 9001 (Quality Management System – QMS), ISO 37001 (Anti-Bribery Management System – ABMS) dan MS 1900 (Shariah-Based Management System). Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada prinsip, teknik dan keperluan pelaksanaan audit dalaman berasaskan piawaian antarabangsa, bagi memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti, integriti dan pematuhan Syariah dalam operasi YIDE.
.
Langkah ini juga memperkukuhkan pengurusan dana awam yang berintegriti serta memastikan setiap agihan sumbangan, bantuan dan perkhidmatan kebajikan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan menepati prinsip tadbir urus Islam. Di samping itu, penekanan terhadap aspek pengurusan Pusat Dialisis MAIS (PDM) yang patuh Syariah menjadi keutamaan bagi menjamin keberkatan dan keberkesanan perkhidmatan kepada pesakit.
.