PUNCAK ALAM – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun padang bagi menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian di Hospital Puncak Alam.
.
Puan Norhayati, isteri kepada Allahyarham En. Abdullah Daud yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Puncak Alam dan ibu kepada dua orang anak kecil, berkongsi rasa sedih apabila suaminya meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit jantung ketika mereka sekeluarga berada di kampung.
.
Sumbangan musibah kematian telah disampaikan oleh En. Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE, kepada Puan Norhayati sebagai tanda keprihatinan YIDE terhadap kebajikan dan kebajikan keluarga Allahyarham.
.
Langkah ini mencerminkan komitmen YIDE dalam memastikan kebajikan ummah terus terbela, terutama kepada mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang.
.
Masyarakat awam diseru agar terus membudayakan amalan infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
