YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA BANTU MANGSA RIBUT DI PPS MERU & KAMPUNG BUDIMAN, KLANG
15 October 2025
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
Klang, 15 Oktober 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited dalam usaha membantu masyarakat yang ditimpa musibah dengan menyantuni keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut semalam. Seramai sebelas keluarga kini ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Meru, manakala satu keluarga lagi di PPS Kampung Budiman, Klang.
.
Mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Meru ialah Encik Farid memaklumkan kejadian berlaku sangat pantas sehingga menyebabkan sebahagian bumbung rumah beliau musnah akibat ribut dan hujan lebat. Kini beliau bersama 10 lagi keluarga ditempatkan di PPS tersebut bagi tujuan perlindung sementara.
.
Sementara itu, di PPS Kampung Budiman, mangsa yang terlibat ialah Puan Siti, isteri kepada Encik Ezry.
.
Turut hadir memberi kerjasama dalam penyaluran bantuan ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu memastikan kelancaran urusan di lokasi.
.
Sebagai tanda keprihatinan, Encik Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah, Pegawai Kebajikan YIDE, telah turun padang pada 15 Oktober 2025 bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan Pek Prihatin YIDE kepada keluarga terlibat. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa ribut berkenaan.
.
YIDE mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta dipermudahkan segala urusan mereka.
.
YIDE juga menyeru masyarakat menyalurkan maklumat jika terdapat kejadian seumpama berlaku.
