
CHERAS- Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited dalam memperkasa kebajikan anak yatim khususnya yang berdaftar di bawah YIDE yang memerlukan. YIDE telah menyerahkan sumbangan tunai dan simbolik mock-up cek berjumlah RM10,000.00 kepada Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Rumah Jalin Kasih di Cheras.
.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegurus Operasi Bahagian Kebajikan, Encik Muhammad Zubair bin Azizan, kepada wakil pertubuhan berkenaan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap usaha mereka menjaga kebajikan golongan yang memerlukan.
.
YIDE berharap agar bantuan ini dapat membantu memperkukuh peranan Rumah Jalin Kasih dalam menyediakan perlindungan serta bimbingan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
.
Dalam masa yang sama, YIDE menyeru orang ramai untuk terus menyokong aktiviti kebajikan melalui infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu membawa harapan serta memberi makna besar buat penerimanya.
.