Skip to content

PROGRES – PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

Kemaskini: 26 September 2025
.
Progres pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah telah berlangsung pada kadar 81%. Kerja-kerja arkitektur di fasiliti Blok Asrama & Pentadbiran, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan serta Arena Kiosk diteruskan minggu ini.
.
Kerja khusus yang diteruskan minggu ini adalah:
1. Minggu ini kerja-kerja pemasangan kepingan untuk kubah Surau yang boleh memuatkan seramai 300 orang jemaah kelak.
2. Kerja ‘plaster’ di Blok Pentadbiran Asrama, pemasangan kerangka untuk bumbung bermula dan bingkai-bingkai pintu telah sedia untuk proses pemasangan.
3. Kerja ‘plaster’ dan pemasangan struktur bumbung Dewan Serbaguna juga diteruskan.
.
Bersama kita berganding bahu melancarkan kesiapan Kompleks Asrama Anak Yatim ini agar ianya tersergam bina pada penghujung Januari 2026 nanti demi “Melakar Kecemerlangan Anak-Anak Yatim di Negeri Selangor”.