
Pulai Indah, Pelabuhan Klang, 22 September 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited membantu masyarakat yang ditimpa musibah dengan menyantuni dua buah rumah yang terjejas akibat bencana baru-baru ini.
.
Mangsa pertama ialah Puan Noraine, isteri kepada En. Redzuan, yang mengalami kerugian apabila sebahagian rumahnya rosak dalam insiden kebakaran pada 18 September 2025. Rumah berkenaan masih boleh didiami, justeru beliau tidak berpindah ke penempatan sementara.
.
Mangsa kedua ialah Puan Nur Aisyah, yang kediamannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dilanda ribut pada 16 September 2025. Rumah beliau juga masih boleh diduduki walaupun memerlukan baik pulih.
.
Sebagai tanda keprihatinan, YIDE segera turun padang pada 22 September 2025 bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan Pek Prihatin YIDE kepada kedua-dua keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung.
.
YIDE mendoakan agar semua yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta dipermudahkan segala urusan mereka.
.
YIDE juga menyeru masyarakat untuk terus membudayakan amalan infaq dan sedekah kerana setiap sumbangan mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan.
.