Skip to content

KURSUS SEMBELIHAN & JAMUAN MAHABBAH BERSAMA ANAK YATIM YIDE

Kuala Langat – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan Program Kursus Sembelihan & Jamuan Mahabbah Anak Yatim sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan memperingati perjuangan Rasulullah SAW serta memperkukuh silaturahim bersama anak-anak yatim bertempat di Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat (Rumah Penyayang Bestari).
.
Program ini bertujuan memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai tatacara sembelihan yang sah menurut syarak, di samping menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang dan prihatin.
.
Antara pengisian utama:
✅ Kursus Sembelihan (teori & praktikal)
✅ Aktiviti BBQ bersama anak-anak yatim
✅ Jamuan Mahabbah
✅ Pemberian Sumbangan kepada peserta kursus Sembelihan & Jamuan Anak Yatim
✅ Perkongsian nilai ihsan dan kasih sayang
.
YIDE juga telah menyerahkan simbolik Sumbangan Kewangan (Geran) Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat (Rumah Penyayang Bestari) berjumlah RM 35,000.00
.
Kehadiran para peserta dan sokongan dari pelbagai pihak telah menyerikan lagi suasana program. Semoga usaha ini menjadi wadah menyuburkan nilai kemanusiaan, pendidikan rohani dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.
.
YIDE merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menyokong penganjuran program ini. Semoga ianya menjadi asbab keberkatan dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
.
📌 Terus ikuti pelbagai program anjuran YIDE dan bersama-sama kita menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih dan ihsan.
Â