BADRI telah mengadakan Sesi Awareness Kepatuhan dan Integriti Kepada Pengerusi Dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE (ALPA) Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam Mesyuarat ALPA YIDE Bil.03/2025 pada 17 September 2025. Awareness ringkas ini memberikan penerangan ringkas berkaitan *Peranan dan Tanggungjawab Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE kepada Kepatuhan Akta Syarikat 1965/2016* yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Ravinderjit Kaur ; Pengurus Bahagian Pendakwaan Dan Litigasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mesyuarat ALPA YIDE Bil.03/2025 bertarikh 17 September 2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mazlan Bin Mansor merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ini merupakan inisentif BADRI dalam usaha memantapkan tatakelola dan governan YIDE yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan perkenan DYYM Sultan Selangor. YIDE merupakan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965/2016. Objektif Utama penubuhan; Menguruskan Hal Ehwal Anak-Anak Yatim Negeri Selangor, Menguruskan Bantuan Musibah & Malapetaka dan Menjalankan Sosial Bisnes; Dengan Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis, di 6 Pusat Dialisis MAIS (PDM).
