
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menzahirkan keprihatinan terhadap 3 mangsa kebakaran di Gombak. Mangsa En. Abdul Rahman, En. Asraf dan En. Fauzi yang terkesan dalam kejadian pada 15 September lalu kini tinggal bersama saudara mara. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
.
Sumbangan bagi pihak YIDE telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Darul Hidayah, En. Jahidin, dengan kerjasama Ustaz Roshisham, Setiausaha Masjid Al-Khairiyah merangkap Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY). Turut hadir ialah wakil AJK Masjid serta Pengerusi JMB kawasan kediaman mangsa.
.
Semoga sedikit bantuan ini mampu meringankan beban yang ditanggung. YIDE turut mendoakan agar semua yang terjejas dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. 

.
