

DEMI Project pelajar UKM telah melakar satu lagi sejarah bermakna melalui gimik serahan Mockup Kunci pengangkutan kepada Pusat Dialisis MAIS Cawangan Taman Melawati. Majlis penuh simbolik ini disaksikan oleh Dr. Ummu Ajirah binti Abdul Rauf, Penasihat DEMI Project, serta Pn. Siti Saliha Binti Walat, Ketua Jururawat Pusat Dialisis MAIS Taman Melawati, sebagai tanda sokongan padu dalam usaha memudahkan perjalanan para pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis.

Semangat itu diteruskan dengan gimik serahan Mockup Kunci pengangkutan di Pusat Proton Bunga Raya, Melaka. Kehadiran Dr Ummu Ajirah binti Abdul Rauf, Penasihat DEMI Project, bersama Pn. Nor Hafzam binti Mohammad, Pengurus Bahagian Operasi Dialisis YIDE, menzahirkan komitmen dan kerjasama erat demi memastikan setiap inisiatif yang diusahakan memberi manfaat sebenar kepada masyarakat.
Setiap simbolik serahan ini bukan sekadar penyerahan kunci, tetapi juga penyerahan harapan dan kemudahan buat pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis yang saban hari berjuang meneruskan kehidupan.