
MERU, 26 Ogos 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah segera turun padang bagi melakukan tinjauan awal serta ziarah prihatin kepada mangsa-mangsa ribut yang terjejas di sekitar daerah Klang.
.
Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah YB Puan Mariam binti Abdul Rashid, ADUN Meru, wakil Majlis Bandaraya Klang, pasukan penguat kuasa, Penghulu Bukit Raja, Klang, Ketua Kampung Meru serta pihak Lembaga Zakat Selangor.
.
Antara lokasi yang dikenal pasti terjejas termasuk Jalan Meru 4, Jalan Jambu dan Jalan Paip. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kerosakan serta keperluan mendesak mangsa sebelum bantuan susulan disalurkan.
.
YIDE mendoakan agar semua mangsa yang terkesan diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.
.
Dalam masa yang sama, YIDE turut menyeru masyarakat agar terus mengamalkan budaya infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu menjadi sumber kekuatan dan harapan buat mereka yang memerlukan.