Skip to content

YIDE PERIHATIN : BAYI SATU BULAN KEHILANGAN AYAH

SHAH ALAM, 18 Ogos 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni dan menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga anak-anak yatim di Jalan Kebun, Shah Alam.
.
Puan Nursyazrien, seorang suri rumah dan ibu kepada tiga cahaya mata yang masih kecil berusia 6 tahun, 3 tahun dan 1 bulan, kehilangan suami tercinta, Allahyarham En. Mohammad Fauzi pada 7 Ogos 2025. Menurut beliau, arwah suaminya mengalami batuk dan sakit perut sebelum waktu subuh sebelum rebah secara tiba-tiba. Walaupun segera dibawa ke hospital oleh adik ipar, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan.
.
Bagi meringankan beban yang ditanggung, sumbangan kebajikan telah disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE, kepada Puan Nursyazrien.
.
YIDE mendoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan Puan Nursyazrien sekeluarga serta melimpahkan rahmat dan perlindungan-Nya kepada anak-anak yang ditinggalkan