
13 Ogos 2025 |
Shah Alam

.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus melangkah ke hadapan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan. YIDE telah menganjurkan Bengkel Occupational Safety and Health Coordinator (OSH-C) yang dihadiri oleh 17 Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, merangkumi pegawai YIDE, pegawai yang bertanggungjawab Pusat Dialisis MAIS, serta pengurus-pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim berdaftar di bawah YIDE. Bengkel ini telah bermula pada 11 hingga 13 Ogos 2025 dan bertempat di ibu pejabat YIDE.
.
Bengkel ini telah mendapat pengisian berharga melalui taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Safuan bin Darus dari Utechtium, yang berkongsi kepakaran beliau dalam memahami keperluan undang-undang keselamatan pekerjaan, pengurusan risiko, prosedur kecemasan, dan amalan terbaik bagi memastikan tempat kerja sentiasa selamat.

Di Malaysia, modul OSH-C merangkumi latihan menyeluruh tentang pengurusan risiko tempat kerja, pematuhan undang-undang keselamatan, pengendalian peralatan, prosedur kecemasan, serta amalan pencegahan kemalangan dan penyakit akibat konsekuensi pekerjaan.
.

Bagi YIDE, modul ini sangat penting kerana:



.
Dengan pendedahan ini, YIDE bukan sahaja memenuhi tanggungjawab undang-undang, tetapi juga menzahirkan komitmen terhadap kebajikan semua pihak yang berada di bawah naungan kami.