Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI SHAH ALAM

SHAH ALAM, 28 Julai 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni Tuan Haji Ibrahim, mangsa insiden kebakaran yang berlaku di Seksyen 19, Shah Alam.
.
Kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.50 pagi itu disedari oleh mangsa yang ketika itu berada di bahagian dapur. Insiden tersebut menyebabkan satu bilik di bahagian belakang dan dapur kediaman terbakar, mengakibatkan banyak barangan peribadi serta peralatan elektronik musnah. Siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas di bilik belakang.
.
Sebagai tanda keprihatinan, YIDE telah menghulurkan sumbangan berbentuk bantuan kewangan dan pek prihatin kepada keluarga Tuan Haji Ibrahim. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE, Encik Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah.
.
YIDE turut menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan di kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.