
Kemaskini: 28 Julai 2025
.
Progres pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah telah berlangsung pada kadar 79%. Kerja-kerja arkitektur di fasiliti Blok Asrama & Pentadbiran, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan serta Arena Kiosk diteruskan minggu ini.
.
Ayuh kita bersama-sama menyokong pembinaan pusat kecemerlangan dan harapan buat anak-anak yatim ini dengan melengkapkan baki dana sebanyak RM5.1 juta.