Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) PRIHATIN KEBAJIKAN ANAK YATIM DI PANDAMARAN, KLANG

PANDAMARAN, 24 JULAI 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga anak yatim di Pangsapuri Klang Villa, Pandamaran, Klang.
.
Puan Heni, isteri kepada Allahyarham Abd Rashid bin Talib dan ibu kepada lima orang anak, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau kini berdepan cabaran besar dalam meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak sejak pemergian suaminya pada bulan Mei yang lalu. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana sentiasa menerima bantuan dan sokongan moral daripada ahli keluarga yang mendorongnya untuk terus tabah demi kesejahteraan anak-anak. Kesemua anak-anak beliau masih bersekolah; anak sulung, Rasyiqah kini di peringkat sekolah menengah, manakala Rizqi, Raziq dan Sofia masih di sekolah rendah.
.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Haizan, Eksekutif Kebajikan YIDE, sebagai inisiatif untuk meringankan beban serta membantu urusan harian keluarga tersebut, khususnya dalam penjagaan dan pendidikan anak-anak.
.
YIDE mendoakan agar segala urusan Puan Heni dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah pada masa hadapan.
.
Orang ramai digalakkan untuk membudayakan amalan infaq dan sedekah kerana setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi manfaat besar kepada mereka yang memerlukan.