
19 Julai 2025 | Hotel Acapella, Shah Alam
.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengadakan Majlis Pemukiman Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) Tahun 2025, sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan dan semangat kebersamaan dalam menyantuni anak-anak yatim di Selangor — khususnya melalui kejayaan kutipan infaq sepanjang Ramadan 1446H.
.
Majlis ini turut menjadi medan perkongsian idea dan pandangan bagi penambahbaikan inisiatif kutipan infaq masa hadapan termasuklah taklimat pemerkasaan aplikasi Kupon Digital Infaq Yatim YIDE yang telah dimulakan sejak bulan Mac 2025.
.
Selain itu sesi Penganugerahan kepada Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) yang cemerlang dan Pelantikan Sahabat Prihatin YIDE (SDY) baharu bagi memperluas jaringan dakwah dan kefungsian YIDE melalui platform tazkirah di institusi masjid/surau seluruh negeri Selangor turut berlangsung.
.
Anugerah-Anugerah Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) Bagi Tahun 2025 adalah seperti daftaran berikut:
.
1.Anugerah Pengerusi YIDE (Keseluruhan Terbaik)
EN. MOHD SAFIAN BIN ABDUL RAHMAN
Daerah Hulu Langat
2.Anugerah Abu Bakar (Komitmen Yang Tinggi)
EN. MUHAMMAD SUHAIMI BIN CHE MALIK
Daerah Petaling
3.Anugerah Salman al-Farisi (Inovasi dan Kreatif)
EN. MOHD MAZHANAFI BIN MOHD ZAMRI
Daerah Hulu Langat
4.Anugerah Khalid al-Walid (Responsif dan Publisiti)
EN. ADNAN BIN ALI
Daerah Sepang
5.Anugerah Umar Abdul Aziz (Kemas dan Rapi)
EN. MAZLAN BIN YUNAN
Daerah Hulu Selangor
6. Anugerah Umar Al-Khattab (Kepimpinan dan Teladan Baik)
EN. MD NAZRI BIN MOHAMED NOR
Daerah Klang
.
Manakala lantikan Sahabat Dakwah YIDE Baharu adalah terdiri daripada:
.
1) EN. MOHAMAD FADHIL BIN YAHYA, Daerah Gombak
2) EN. MUHAMAD AIZUDDIN BIN KAMARUL ZAMAN, Daerah Kuala Selangor
3) EN. AIMAN KHAIR BIN ABDUL RAHMAN, Daerah Sabak Bernam
4) EN. MUHAMMAD HASNOL BIN ABU BAKAR, Daerah Sepang
5) EN. MOHD SAFIAN BIN ABDUL RAHMAN, Daerah Hulu Langat
6) EN. MOHD MUSTAFIDURROHMAN BIN MOHD SYAHRONI, Daerah Kuala Langat
7) EN. MOHAMAD NORHAZIMIN BIN MOHD BUKHARI, Daerah Hulu Selangor
.
Majlis penganugerahan kemerlangan Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) dan pelantikan Sahabat Dakwah YIDE (SDY) tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan diiringi bersama YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE.
.
Terima kasih kepada semua Ketua Sahabat Prihatin YIDE atas dedikasi dan semangat perjuangan demi ummah. Moga terus istiqamah dalam menyebar manfaat untuk anak-anak yatim di negeri Selangor.