Skip to content

PROGRAM SUMBANGAN FIDYAH: WANG SAKU & KOTAK MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KLANG

KLANG, 24 Jun 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Masjid Al-Bakri Bukit Naga, Pejabat DUN Sungai Kandis, serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Naga telah melaksanakan Program Sumbangan Fidyah: Wang Tunai & Kotak Makanan khusus bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di daerah Klang.
.
Agihan Fasa 1 ini, seramai 68 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang bergama Islam telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM300 dan kotak makanan asas. Inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana alam tersebut, selain sebagai tanda solidariti dan sokongan moral isntitusi Islam kepada komuniti yang diuji.
.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YIDE dalam menyalurkan agihan fidyah dan sumbangan masyarakat kepada golongan yang memerlukan. Melalui pendekatan menyeluruh dan kerjasama pelbagai pihak, YIDE terus giat memperkasa jaringan kebajikan di seluruh negeri Selangor.
.
“Kami mendoakan agar segala urusan mangsa dipermudahkan dan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah pada masa akan datang,” ujar wakil YIDE dalam ucapan beliau semasa majlis penyerahan sumbangan.
.
YIDE turut menyeru orang ramai agar terus membudayakan amalan infaq, sedekah dan zakat. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi kesan besar kepada mereka yang memerlukan, terutamanya dalam situasi bencana dan kesusahan yang tidak diduga.