Skip to content

YIDE DAN LHDN TINGKATKAN KEFAHAMAN PELAKSANAAN E-INVOIS

Pada 19 JUN 2025, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) telah menganjurkan PROGRAM AWARENESS KEPATUHAN DAN INTEGRITI YIDE BERSAMA LHDN (BIL.02/2025) bertempat di Auditorium, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam
.
Ceramah “Pelaksanaan E-Invois” telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohammed Hairul Azmi Bin Talib @ Thaleb – Penolong Pengarah Kanan LHDN dan YBrs. Encik Mohd Hanif Bin Mustapha – Penolong Pengarah Kanan LHDN
.
Pelaksanaan program ini merupakan komitmen dan usaha daripada YIDE bagi memberikan kefahaman Pelaksanaan E- Invois kepada Kakitangan YIDE dan Ketua-Ketua Jururawat Pusat Dialisis MAIS (PDM) turut melibatkan wakil daripada Sektor Audit Dalam Dan Integriti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan wakil daripada Bahagian Audit Dalam dan Integriti bagi Anak Syarikat/ Agensi MAIS; Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).