Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT HALAL INTERNATIONAL SELANGOR KE YIDE

Pada 19 Jun 2025 yang lalu, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menerima kunjungan hormat dari pihak Halal International Selangor di pejabat urusan YIDE, Shah Alam.
.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik apabila kedua-dua pihak berkongsi aspirasi dalam memperkukuh ekosistem halal dan kebajikan ummah. Halal International Selangor turut memperkenalkan pelbagai inisiatif serta peluang “business matching” yang berpotensi memberi manfaat bersama.
.
Kehadiran telah disambut oleh Pengurus YIDE, YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah bersama barisan pengurusan YIDE. Turut hadir dari Halal International Selangor ialah:
🔹 YBrs. En. Khusairi Lasar, Ketua Pegawai Eksekutif
🔹 YBrs. En. Ahmad Nasron bin Mohamed Din, Eksekutif Kanan
🔹 YBrs. Puan Nurazah binti Md Shah, Penolong Pengurus Khidmat Korporat
.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kerjasama yang lebih erat dan memberi impak positif kepada pembangunan ummah khususnya di Negeri Selangor.