Skip to content

MESYUARAT JAWATANKUASA DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM, PULAU INDAH BIL: 1/2025 

77% SIAP! PROGRES TERKINI KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM, PULAU INDAH
.
10 Jun 2025 (Selasa), Pulau Indah – Mesyuarat Jawatankuasa Dana Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah Bil: 1/2025 telah berlangsung disusuli lawatan tapak ke projek pembangunan Kompleks tersebut yang kini telah mencapai 77% tahap kesiapan struktur bangunan.
.
Lawatan ini diketuai oleh:
🔹 YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE
🔹 YBrs. En. Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd.
🔹 Tuan Haji Mohd Salim Bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE
🔹 YBrs. En. Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE
🔹 YBrs. En. Noor Azhuril Adnan, Pengurus Besar Pengurusan Projek CSSB
… serta barisan ahli mesyuarat lain yang turut hadir.
.
Antara fasiliti yang ditinjau termasuk:
🏫 Blok Asrama
🕌 Surau
🏢 Dewan Serbaguna
🛍 Kiosk
… serta sub-kemudahan lain yang bakal memberi keselesaan kepada anak-anak yatim di sini kelak.
.
📌 Matlamat utama pembinaan kompleks ini adalah untuk melahirkan generasi anak yatim yang:
✅ Cemerlang dalam pendidikan
✅ Tinggi nilai sahsiah
✅ Berdaya saing dan berdikari
✅ Bersedia menyumbang kepada ummah
.
💡 Kompleks ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.