Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI SEKINCHAN

SEKINCHAN, 9 Jun 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah bertindak pantas menyalurkan bantuan kepada keluarga Puan Roslina binti Mat Sahudi yang terjejas akibat insiden kebakaran di kediaman mereka di Sekinchan.

Menurut Puan Roslina, kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 12:15 tengah hari dan bermula di bahagian ruang tamu sebelum merebak dengan pantas ke seluruh rumah. Kesemua barangan termasuk dokumen penting musnah dalam kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarga sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bantuan telah disampaikan oleh Puan Asmah binti Husin, Sahabat Prihatin YIDE Daerah Kuala Selangor, kepada Puan Roslina sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa keluarganya.

YIDE mendoakan agar segala urusan Puan Roslina dan keluarganya dipermudahkan, serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.