
KEM AKIL BALIGH ANAK YATIM SELANGOR 2025
“Meniti Baligh, Menuju Anak Yatim Muslim Cemerlang”
.
BANTING, 1 Jun 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan Kem Akil Baligh Anak Yatim Selangor bertempat di Kem Baitunnur, Banting, Selangor yang berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2025.
.
Program ini disertai oleh seramai 45 anak yatim terpilih dari seluruh negeri Selangor dengan objektif utama untuk membimbing para peserta melalui fasa akil baligh dengan ilmu dan panduan Islam yang tepat, di samping membina sahsiah diri serta keyakinan sebagai remaja Muslim yang cemerlang.
.
Bertemakan “Meniti Baligh, Menuju Anak Yatim Muslim Cemerlang”, pelbagai aktiviti telah dirangka termasuk:
– Team Building
– Mencungkil Potensi Diri
– Sentuhan Selamat
– Asas Fardhu Ain
– Mandi Hadas
– Tanggungjawab Sosial & Agama
– Membina Keyakinan Diri
– Slot Kerohanian dan Jati Diri
– Explorace
.
Melalui pengisian yang komprehensif ini, peserta bukan sahaja mendapat pendedahan rohani dan psikologi berkaitan proses baligh, malah turut diberi ruang untuk membentuk jati diri dan jaringan sosial yang positif.
.
Menurut En Muhammad Zubair selaku Pengurus Operasi Kebajikan, “Program ini adalah salah satu usaha YIDE untuk memastikan anak-anak yatim terus mendapat perhatian, bimbingan dan sokongan dalam fasa penting kehidupan mereka seterusnya mencapai objektif melahirkan anak yatim muslim yang gemilang.”
.
Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan YIDE dalam memperkasakan pendidikan rohani dan pembangunan insan dalam kalangan anak-anak yatim di bawah naungan negeri Selangor