Skip to content

ANAK YATIM YIDE : CINTA BUKU CINTA ILMU

29 Mei, Kuala Lumpur – YIDE terus komited memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak yatim. Melalui program “Shopping Buku” sempena Pesta Buku Antarabangasa Kuala Lumpur (PBAKL). Anak yatim diberi peluang memilih sendiri buku kegemaran seterusnya memberi pengalaman yang sukar didiperolehi kerana faktor tertentu. Program dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan semangat membaca di kalangan anak-anak yatim.
.
Pesta buku yang dianjurkan setiap tahun merupakan peluang dan ruang kepada anak-anak yatim untuk mendapatkan buku ilmiahkegemaran mereka.
.
YIDE telah memperuntukan voucher ‘Shopping Buku’ yang disampaikan oleh En Muhammad Zubair Azizan Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada semua anak yatim agar mereka peroleh manfaat dengan pembelian buku untuk bacaan harian mereka disamping berjalan-jalan dan secara tidak langsung menanam minat dan semangat membaca dikalangan mereka