Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN MANGSA KEBAKARAN DI BANTING

BUKIT CHEEDING, BANTING – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan lawatan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Orang Asli Busut Baru, Bukit Cheeding, Banting.
.
Mangsa kebakaran, Encik M. Riduan Poon bin Abdullah, memaklumkan bahawa kejadian berlaku apabila anaknya yang berusia 9 tahun terjaga daripada tidur sekitar jam 3:30 petang kerana berasa panas. Anak beliau terlihat api sedang marak dari arah bilik bersebelahan dapur, lalu segera mengejutkan semua penghuni rumah. Beliau dan keluarganya sempat menyelamatkan diri serta membawa keluar dokumen dan barangan penting. Syukur alhamdulillah, pihak bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.
.
Sumbangan daripada YIDE telah disampaikan oleh Puan Rozaima, Sahabat Prihatin YIDE merangkap Penggerak Masyarakat Orang Asli, kepada Encik M. Riduan Poon bin Abdullah.
.
YIDE mendoakan agar segala urusan keluarga Encik Riduan dipermudahkan dan diberkati. Orang ramai juga diseru untuk membudayakan amalan infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan yang diberikan amat besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.
 
 
Â