Skip to content

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH DI BAWAH SELIAAN YIDE

HULU SELANGOR, 8 Mei – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Hulu Selangor yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan sebagai salah sebuah Rumah Kebajikan Anak Yatim di Negeri Selangor, hari ini.
.
Taklimat ringkas mengenai kefungsian YIDE membantu pengoperasian Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE dan juga Pengurus pertubuhan kebajikan tersebut. Perkongsian mengenai perkara-perkara untuk penambahbaikan operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim dan potensi penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti juga berlangsung hari ini.
.
Turut hadir ialah YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan juga delegasi dari Lembaga Zakat Selangor; Perbadanan Wakaf Selangor serta Ketua-Ketua Unit PAID Hulu Selangor dan Maahad Tahfiz yang terlibat.
Â