
YIDE TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA AL BAGHDADI GROUP
2 Mei 2025 | Shah Alam — Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Al Baghdadi Group Sdn Bhd dalam usaha mempererat silaturrahim dan meneroka ruang kerjasama strategik demi manfaat ummah.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat fungsi dan peranan YIDE sebagai institusi kebajikan yang komited membantu anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan di Selangor.
YIDE percaya bahawa dengan matlamat yang seiring — khususnya dalam memperkasakan pendidikan Al-Quran dan kebajikan masyarakat — kerjasama antara kedua-dua organisasi mampu memberi impak yang besar kepada komuniti.
Dalam kunjungan ini juga, pihak Al Baghdadi Group menyampaikan sumbangan 50 naskah Al Quran bernilai RM4500 kepada YIDE sebagai tanda sokongan dan kebersamaan untuk kegunaan anak-anak yatim.
YIDE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Baghdadi Group atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus diperkasa demi kebaikan bersama.
Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Muhammad Farhan bin Haji Alias, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Al Baghdadi, dan disambut oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE.