
23 April 2025 | Bangsar –
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TNB GENCO atas sumbangan dan keprihatinan dalam menyokong kelestarian Pusat Dialisis MAIS, demi menyantuni para pesakit buah pinggang di Selangor.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Muhammad Nazri bin Pazli, Pengarah Urusan TNB GENCO, kepada wakil YIDE, En. Mohd Akmal Hafsyam bin Ghazal, Pengurus Korporat YIDE.
Komitmen ini amat bermakna dalam mendokong usaha YIDE menyantuni seramai 265 pesakit di 6 buah Pusat Dialisis MAIS yang beroperasi di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Taman Melawati.
YIDE amat mengalu-alukan penyertaan dan sokongan berterusan daripada syarikat korporat serta orang ramai bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan rawatan dialisis kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih TNB GENCO atas sokongan yang tulus dan berterusan.
Bersama kita meringankan beban, menyemai kasih sayang sesama insan.