
1 April 2025, Putra Height – YIDE telah bertindak segera menghulurkan bantuan awal kepada penduduk yang terkesan akibat insiden kebakaran disebabkan kebocoran saluran gas di Putra Heights. Keutamaan diberikan kepada pesakit yang tidak berupaya di radius berhampiran, yang kini ditempatkan sementara di Masjid Putra Heights.
Maklumat awal bancian penduduk yang terkesan diperoleh melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Penghulu setempat. YIDE komited untuk terus membantu dan memastikan kesejahteraan mereka terjamin.