Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) AMBIL PEDULI KEBAJIKAN KELUARGA YANG DITIMPA MUSIBAH KEMATIAN

BATANG KALI, 27 Mac 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan masyarakat dengan menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang diuji dengan musibah kehilangan insan tersayang di Ulu Yam, Batang Kali, Selangor.
.
Dalam kejadian yang menyayat hati, Allahyarham En. Mohd Razlan bin Yusof diserang strok secara mengejut ketika sedang bekerja. Beliau segera dikejarkan ke hospital dengan ambulans, namun pakar mengesahkan bahawa Allahyarham telah meninggal dunia. Pemergiannya meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih bersekolah di peringkat menengah.
.
Sumbangan musibah kematian disampaikan oleh Ust. Muhammad Firdaus bin Ismail, Ketua Sahabat Prihatin YIDE Zon 3 Hulu Selangor kepada waris keluarga. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi tempoh sukar ini.
.
YIDE dan Sahabat Prihatin YIDE turut menzahirkan doa agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan di masa hadapan. Inisiatif seperti ini mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat, sejajar dengan nilai-nilai Islam yang menitikberatkan kebajikan sesama insan.