Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

Pulau Indah, 26 Mac 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa bersama Anak Yatim. Program dilaksanakan bertujuan menyemarakkan semangat Ramadhan secara tidak langsung mengeratkan silaturahim di antara kaitangan YIDE dengan keluarga anak yatim.
.
Selepas program khatam Al-Quran selesai dilaksanakan, YIDE telah menyerahkan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim yang hadir bagi persediaan Syawal yang akan tiba.
.
Serahan duit raya telah disampaikan oleh Pengurus Besar YIDE, YBrs. Tuan Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Bahagian Kewangan, YBrs. Puan Fatimah Leman dan Pengurus Operasi Dialisis, Puan Nor Hafzam Mohammad.
.
Setelah serahan duit raya selesai, warga kerja YIDE dan anak-anak yatim berbuka puasa bersama dan majlis selesai setelah solat Maghrib.