Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) AMBIL PEDULI TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PAYA JARAS HILIR

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengambil peduli terhadap keadaan dua buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor.
.
Menurut Ruslan Affendi bin Rapaidi, kejadian kebakaran tersebut berpunca daripada masalah litar pintas. Api mula marak dari bahagian dapur hingga ke ruang tamu, menyebabkan kebakaran keseluruhan yang memusnahkan semua barangan di dalam rumah. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kebakaran tersebut turut memusnahkan rumah jiran secara keseluruhan, yang ketika itu sedang dalam proses penambahbaikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan meskipun semua barangan musnah.
.
Sumbangan musibah kebakaran telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE, kepada kedua-dua keluarga yang terjejas.
.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Jamaluddin bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni (RKH), kerana berkongsi maklumat mengenai kejadian kebakaran tersebut.
.
YIDE amat menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat berkaitan musibah dan keadaan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan di Negeri Selangor. Masyarakat juga diseru agar membudayakan amalan infaq dan sedekah kerana setiap sumbangan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.