Skip to content

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA ANAK YATIM BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR DI ASRAMA ANAK YATIM DAMAI, KUANG.

22 Mac, Rawang – Alhamdulillah, hari ini menjadi detik penuh makna apabila Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan komitmen menyantuni anak-anak yatim di Negeri Selangor. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.95 juta, seramai 13,000 anak-anak yatim telah menerima sumbangan Aidilfitri bagi tahun ini.
.
📍 Lokasi terakhir: Asrama Damai Kuang
💖 60 anak yatim menerima sumbangan istimewa daripada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor
.
Sejarah kebajikan di Asrama Damai Kuang begitu panjang dan bermakna. Sejak penubuhannya pada tahun 1989, institusi ini terus menjadi rumah perlindungan dan pendidikan kepada anak-anak yatim. Keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada tahun 2001, terus menyemarakkan semangat kebajikan ini.
.
Kami di YIDE menyeru agar lebih banyak rumah kebajikan anak yatim berdaftar dengan agensi berkaitan demi memastikan bantuan yang lebih teratur dan sistematik dapat disalurkan.
Turut Hadir Memeriahkan Majlis;
🔹 Yang Mulia Tengku Saifan Rafhan Putra Bin Tengku Dato’ Setia Putra Al-Haj – Orang Besar Istana
🔹 Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj – Orang Besar Istana
🔹 Yang Berbahagia Tan Sri Mazlan Bin Mansor – Pengerusi YIDE & Timbalan Pengerusi MAIS
🔹 Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi – Penasihat Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang
🔹 YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar – Setiausaha MAIS
🔹 Sahibus Samahah Dato’ Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Bin Haji Sitiris – Timbalan Mufti Negeri Selangor
🔹 Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salim Bin Mohamed Sain – Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim 2025 YIDE
🔹 Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE
🔹 Yang Berusaha En. Nur Mohd Razali Bin Abdullah – Pengurus Besar YIDE
🔹 YBhg. Ustaz Anuar Hamzah Bin Tohar – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS
🔹 YBhg. En. Ahmad Fitri – Ketua Penolong Pegawai Daerah
🔹 YBhg. Tuan Shahman Bin Jalaludin – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang
🔹 Tuan DSP Mohd Jumazanzahir Bin Chek Ismail – Timbalan Ketua Polis Daerah, Sungai Buloh
🔹 YBhg. Tuan Mohamed Tahir Bin Abd Manap – Pegawai Agama Islam Daerah Gombak
🔹 Puan Sapna Binti Turmidi – Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat
🔹 Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
Terima kasih juga kepada PKNS atas sumbangan RM100,000 dan Perbadanan Wakaf Selangor sebanyak RM40,000 kepada Asrama Damai Kuang. Keprihatinan ini membantu memastikan kelangsungan operasi dan kesejahteraan anak-anak yatim di sini.
Semoga sumbangan ini memberi kegembiraan dan menyinari Aidilfitri anak-anak yatim kita. 🤲✨