
Penyertaan YIDE di Hari Bersama Jabatan & Agensi Kerajaan & Swasta
📅 Tarikh: 20 Mac 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Aster, Blok A, Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyertai program Hari Bersama Jabatan & Agensi Kerajaan & Swasta yang berlangsung pada 20 Mac 2025 bertempat di Dewan Aster, PKNS Shah Alam. Program ini merupakan platform strategik untuk YIDE memperkenalkan pelbagai inisiatif kebajikan kepada agensi-agensi kerajaan, swasta serta orang awam yang hadir.
Sepanjang program berlangsung, booth YIDE menerima kunjungan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan dan usaha kebajikan yang dijalankan oleh YIDE, antaranya:
🤲 Inisiatif Infaq Anak Yatim di Bulan Ramadan – Menerima sambutan yang baik daripada pengunjung yang berminat menyumbang serta merebut peluang untuk menggandakan pahala di bulan mulia.
🏡 Kompleks Asrama Anak Yatim – Ramai pengunjung menunjukkan minat untuk menyumbang dalam usaha menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk anak-anak yatim.
🩺 Perkhidmatan Rawatan Dialisis – Penerangan lanjut diberikan mengenai inisiatif ini yang membantu pesakit kronik mendapatkan rawatan berkualiti dengan kos yang berpatutan.
Penyertaan YIDE dalam program ini bukan sahaja memperluaskan jaringan kerjasama, malah berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha-usaha kebajikan yang sedang dan akan dijalankan. Semoga segala usaha ini terus mendapat sokongan dan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong!