Skip to content

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI DAERAH HULU LANGAT

Hulu Langat, 15 Mac 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan komitmennya dalam menyantuni anak-anak yatim dengan menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Bersama D.Y.T.M. Raja Muda Selangor di Daerah Hulu Langat. Majlis yang berlangsung di Masjid Al Azim, Pandan Indah ini merupakan majlis keempat yang dianjurkan bagi tahun 2025, merupakan usaha YIDE dalam membantu anak-anak yatim menyambut Aidilfitri.
.
Pada tahun ini, YIDE telah memperuntukkan sebanyak RM1.95 juta bagi menyantuni seramai 13,000 anak-anak yatim di seluruh Negeri Selangor. Bagi Daerah Hulu Langat, seramai 2,046 anak yatim menerima sumbangan, termasuk 1,050 anak yatim lelaki dan 986 anak yatim perempuan, dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM306,900.00.
.
Daripada jumlah ini, seramai 634 anak yatim menerima sumbangan Hari Raya secara bersemuka dengan jumlah peruntukan sebanyak RM95,100. Bagi memastikan semua anak-anak yatim mendapat manfaat daripada inisiatif ini, YIDE turut mengkreditkan sumbangan berjumlah RM211,800 terus ke akaun bank 1,412 anak yatim yang tidak dapat hadir ke majlis hari ini.