Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN KELUARGA MANGSA MUSIBAH KEMATIAN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengunjungi dan menziarahi ahli keluarga mangsa kematian di Jenjarom, Kuala Langat.
.
Almarhum Encik Mohd Afham bin Mustafa merupakan bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah. Beliau telah meninggal dunia akibat pendarahan di kepala selepas terjatuh semasa menjalankan urusan harian. Lebih menyayat hati, pemergian beliau berlaku pada hari ketiga Ramadan, menyebabkan anak-anaknya menjadi yatim piatu kerana ibu mereka telah meninggal dunia sejak setahun yang lalu. Kini, anak-anak tersebut berada di bawah jagaan nenek dan saudara-mara.
.
Sumbangan musibah disampaikan oleh Encik Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE disaksikan Puan Nadhirah Hasiman Pegawai Bahagian Dakwah JAIS kepada anak almarhum, Dhia Hayfa Alisha.
.
Terima kasih diucapkan kepada orang ramai atas keprihatinan yang diberikan. Justeru itu, masyarakat diseru agar membudayakan amalan infaq dan sedekah melalui YIDE kerana setiap sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.