Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE PEJABAT JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

13 Mac, Shah Alam – Pihak Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan kunjung hormat kepada Bahagian Pengurusan Masjid di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
.
Kunjung hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang dalam memberi kesedaran akan perihal anak yatim terutamanya melalui medan dakwah di masjid dan surau di bawah negeri Selangor.
.
Delegasi ini diketui oleh En. Mohd Akmal Hafsham Ghazali, Pengurus Bahagian Korporat YIDE dan disambut oleh En. Azlan dan Ust. Salihin
.
Terima kasih diucapkan kepada pihak JAIS atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak YIDE dan semoga kerjasama antara kedua-dua belah pihak dapat memberikan manfaat kepada anak-anak yatim pada masa akan datang.