Skip to content

PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN SAHABAT DAKWAH YIDE KEPADA DR. HJ. MUHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD HANEEFA (PU HAFIZ)

Klang, 9 Mac 2025 – Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Raja Muda Selangor telah menyempurnakan penyampaian sijil lantikan kepada Dr. Hj. Muhamad Hafiz Bin Muhamad Haneefa (PU Hafiz) sebagai Sahabat Dakwah YIDE (SDY) bagi tahun 2025. Majlis penuh bermakna ini berlangsung di Masjid Kampung Sementa, Klang bersempena dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Anak-Anak Yatim Negeri Selangor.
.
Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis tersebut, PU Hafiz turut menyampaikan sesi motivasi yang penuh inspirasi kepada lebih 450 anak yatim dari daerah Klang yang hadir bagi menerima sumbangan Hari Raya daripada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor.
.
Semoga pelantikan ini memperkukuh usaha dakwah serta mempererat hubungan antara YIDE dan PU Hafiz demi membela nasib mereka yang memerlukan.