Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA MENYANTUNI MANGSA RIBUT DI KAMPUNG TELUK PANGLIMA GARANG

TELUK PANGLIMA GARANG, 7 Mac 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Teluk Panglima Garang.
.
Mangsa ribut tersebut adalah keluarga Puan Norashafiza binti Nordin yang tinggal di Jalan Sukapi, Kg Jenjarom. Menurutnya, pada hari Isnin yang lalu kawasan Kampung Jenjarom ditimpa angin ribut dan hujan lebat. Keadaan tersebut menyebabkan beberapa keping atap zink rumahnya terbang dan tercabut malah beberapa bahagian dapur rumahnya turut rosak. Walaubagaimanapun, semua ahli keluarganya berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kecederaan.
.
Sumbangan musibah ribut disampaikan oleh Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE kepada ahli keluarga Puan Norashafiza binti Nordin.
.
Didoakan semoga semua urusan keluarga Puan Norashafiza binti Nordin dipermudahkan dan dilancarkan pada masa akan datang.