
Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE menerusi Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) telah menganjurkan PROGRAM AWARENESS BADRI KEPATUHAN DAN INTEGRITI YIDE BERSAMA AGENSI BNM, IIM DAN AKPK (BIL.01/2025) pada 19 Ogos 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar Mawaddah, Tingkat 2, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Pelaksanaan program Awareness ini merupakan komitmen dan usaha daripada YIDE bagi memantapkan kepatuhan, integriti dan tadbir urus yang baik kepada Kakitangan YIDE termasuk kakitangan Pusat Dialisis MAIS (PDM).
Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI), YIDE bergerak secara proaktif dengan turut melibatkan wakil daripada Sektor Audit Dalam Dan Integriti, Majlis Agama Islam Selangor dan wakil daripada Bahagian Audit Dalam dan Integriti bagi Anak Syarikat/ Agensi MAIS; Bakti Suci Holdings Sdn Bhd, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS, TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan UIS – Universiti Islam Selangor.
Turut serta bersama secara online kakitangan-kakitangan daripada Yayasan Selangor (YS)
Program Awareness Bil.01/2025 ini merangkumi 3 sesi iaitu bersama
Sesi 1 : Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertajuk “Financial Fraud dan AMLA” telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Nizam Bin Muhammad – Eksekutif Jabatan Link Dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM)
Sesi 2 : Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertajuk “Transformasi Budaya Kerja Berintegriti”, CISM Dan AIGA” yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Rais Bin Ramli – Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, Institut Integriti Malaysia (IIM)
Sesi 3 : Agensi Kauseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang bertajuk “Bijak Mengurus Kewangan” yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Farhana Syed Ahmad Eksekutif Kanan – SME Financial Education (SFED), AKPK
Turut hadir YBrs. Ustaz Suhaimi Bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko Dan Integriti YIDE. YBrs. Encik Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE. YBrs. Encik Mohd Hasnul Redza Bin Abd Rahim, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS). Urusetia Program; Encik Mohamad Shazwan Mohamad Yussoff daripada Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) YIDE.