
15 Februari 2025, Gombak – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melaksanakan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim 2025 dan sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Gombak, bertempat di Masjid Jamek Al Amaniah.
Perkongsian mengenai gerak kerja untuk Infaq Yatim YIDE ini telah disampaikan oleh Saudara Akmal Hafsyam dari Bahagian Korporat YIDE. Dalam taklimat ini, beliau berkongsi mengenai usaha bersama dalam menggerakkan kutipam Infaq demi manfaat anak-anak yatim di bawah seliaan YIDE, sama ada melalui Buku Kupon Infaq secara tunai atau Kupon Infaq Digital.
Orang ramai yang berada di daerah Gombak yang berhasrat untuk melaksanakan Infaq khas untuk anak-anak yatim boleh berhubung dengan Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid sepanjang bulan Ramadan 1446H yang akan datang.
Pihak YIDE merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.