Skip to content

YIDE ANJUR TAKLIMAT SKIM PERLINDUNGAN DAN FAEDAH PERKESO

YIDE ANJUR TAKLIMAT SKIM PERLINDUNGAN DAN FAEDAH PERKESO

12 Februari 2025, Shah Alam – YIDE telah mengadakan satu sesi taklimat untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai manfaat yang disediakan melalui skim perlindungan dan faedah oleh PERKESO. Taklimat ini bertujuan untuk membantu kakitangan YIDE memanfaatkan sepenuhnya segala faedah yang ditawarkan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn Eleza Binti Wahid dari PERKESO Selangor.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. En Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE yang dengan sukacitanya menyampaikan momento penghargaan kepada Pn Eleza atas perkongsian ilmu yang berharga ini.