
PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH KLANG
8 Feb 2025, Klang – Yayasan Islam Darul Ehsan telah mengadakan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim Tahun 2025 dan sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Klang yang bertempat di Masjid Bandar Bukit Raja.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Saudara Akmal Hafsyam, Bahagian Korporat YIDE mengenai kebersamaan untuk menggerakkan Infaq untuk manfaat anak-anak yatim di bawah seliaan YIDE secara tunai melalui Buku Kupon Infaq atau Kupon Infaq Digital.
Orang ramai yang di daerah Klang yang berhasrat melaksanakan Infaq khusus buat anak-anak yatim bolehlah bertemu dengan Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid di daerah Klang sepanjang bulan Ramadan 1446H nanti.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha kesatuan kebersamaan ini demi kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.