Skip to content

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH HULU SELANGOR

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH HULU SELANGOR

8 Feb 2025, Hulu Selangor – Yayasan Islam Darul Ehsan telah mengadakan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim Tahun 2025 dan sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Hulu Selangor yang bertempat di Masjid As Salam, Bukit Sentosa.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Zabidi bin Azhar, Eksekutif Dakwah & Pemasaran YIDE mengenai kebersamaan untuk menggerakkan Infaq untuk manfaat anak-anak yatim di bawah seliaan YIDE secara tunai melalui Buku Kupon Infaq atau Kupon Infaq Digital.

Orang ramai yang di daerah Hulu Selangor yang berhasrat melaksanakan Infaq khusus buat anak-anak yatim bolehlah bertemu dengan Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid di daerah Hulu Selangor sepanjang bulan Ramadan 1446H nanti.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha kebersamaan dan sokongan ini demi kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.