Skip to content

PROGRES PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

PROGRES PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

Progres pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah minggu ini merupakan kesinambungan kerja untuk pembinaan fasiliti utama seperti Asrama, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan dan Arena Kiosk.

Pembangunan ini telah mencapai progres 61%. Baki dana sejumlah RM6.7 juta masih perlu diusahakan untuk merealisasikan kompleks ini tersedia pada hujung Januari 2026.

YIDE menyeru kebersamaan orang ramai, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan kumpulan jemaah masjid-masid bagi menyokong dan merealisasikan inisiatif murni ini agar kompleks ini segera disiapkan.