Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE ATAS Y.D.H. DATO’ MOHAMAD YAACOB, DATO’ PENGGAWA PERMATANG PADUKA MAHA BIJAYA KUALA SELANGOR, ORANG BESAR DAERAH KUALA SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE ATAS Y.D.H. DATO’ MOHAMAD YAACOB, DATO’ PENGGAWA PERMATANG PADUKA MAHA BIJAYA KUALA SELANGOR, ORANG BESAR DAERAH KUALA SELANGOR

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Y.D.H. Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Kuala Selangor , Orang Besar Daerah Kuala Selangor.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama serta berbincang mengenai inisiatif kebajikan yang dapat dilaksanakan bersama demi manfaat masyarakat setempat, khususnya anak-anak yatim di daerah Kuala Selangor.

Dalam pertemuan ini, YIDE turut memaklumkan mengenai penganjuran Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Anak Yatim Negeri Selangor bersama D.Y.T.M. Raja Muda Selangor, yang akan diadakan di daerah Kuala Selangor pada bulan Ramadan 1446H.

Semoga hubungan erat ini terus memberi impak positif kepada komuniti serta melancarkan usaha kebajikan di daerah Kuala Selangor. Majlis yang dirancang juga diharapkan membawa keberkatan dan manfaat kepada anak-anak yatim, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.