Skip to content

YIDE MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2025 KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI PUCHONG DAN HULU LANGAT.

YIDE MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2025 KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI PUCHONG DAN HULU LANGAT.

Khamis, 6 Februari 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni serta menyampaikan sumbangan keperluan persekolahan bagi sesi 2025 kepada anak-anak yatim di Puchong dan Hulu Langat.
Puan Rohana dan Puan Nur Syazwana, selaku penjaga anak-anak yatim, meluahkan rasa sebak dan syukur atas bantuan yang diterima. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, mereka menghadapi kekangan kewangan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak. Kehadiran bantuan ini amat bermakna, meringankan beban serta memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria.
Kelihatan kegembiraan di wajah anak-anak apabila menerima pakaian sekolah baharu, menggantikan pakaian lama yang telah lusuh kerana dipakai berulang kali.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE, kepada Puan Rohana dan Puan Nur Syazwana.
Semoga urusan keluarga mereka dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.